Highlight

  • 20130922 Donate Blood Banner (small)
  • MH2013
  • Sambutan105

PERHIMPUNAN PENGAKAP KELANA NEGERI PULAU PINANG 2017

Posted in Pengumuman dan Siaran

PERHIMPUNAN PENGAKAP KELANA NEGERI PULAU PINANG 2017 (2017 Penang Rovers One Day Gathering)

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau Pinang (PPMPP) dengan usahasama Majlis Pengakap Kelana Negeri Pulau Pinang akan mengadakan aktiviti tersebut pada ketetapan berikut:

Tarikh : 2 Julai 2017
Hari : Ahad 
Masa Pendaftaran: 8.00 pagi (peserta)
Bersurai : 6.00 petang 
Yuran: Percuma
Tempat : Wisma Pengakap, 1 Solok Scottland, 10450 Pulau Pinang, Malaysia

***Sasaran dan syarat penyertaan:
a) Terbuka kepada semua Belia yang berminat dan ahli pengakap kelana Negeri Pulau Pinang yang berumur 17 sehingga 26 tahun. 
b) Setiap Majlis Pengakap Kelana Daerah, Negeri Pulau Pinang WAJIB mencalonkan sekurang-kurangnya 4 orang wakil.
c) Setiap Krew Pengakap Kelana Negeri Pulau Pinang WAJIB mencalonkan 2 orang wakil. (Termasuk sekolah menengah yang berdaftar atas kategori pengakap kelana)

Sila maklumkan bilangan kehadiran dari pihak Tuan / Puan sebelum 25 Jun 2017 untuk menyenangkan kerja pengurusan. Jika Tuan / Puan terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Tay (017-4235939) 
 Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Muat Turun siaran dan borang:
icon Perhimpunan PK 2017 (589.22 kB)

Segala kerjasama dan sokongan dari pihak Tuan /Puan dalam menjayakan program yang telah dirancangkan ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Kursus Induksi Pengakap Udara Daerah Bukti Mertajam

Posted in Pengumuman dan Siaran

Dengan segala hormatnya ingin saya maklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Bukit Mertajam dengan kerjasama Kumpulan Pengakap ke-101 dan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang akan menjalankan Kursus Induksi Pengakap Udara Daerah Bukit Mertajam pada ketetapan berikut :-

Tarikh: 19 Mac 2017
Tempat: SK PERMATANG TO' KANDU
Masa Pendaftaran: 08:00 pagi
Masa Bersurai: 12:30 tengah hari
Yuran Pendaftaran: RM 5.00

Dokumen yang dikepilkan adalah Borang Penyertaan Kursus and Surat Kelulusan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang.

Penyertaan kumpulan pengakap Tuan/Puan amat dialu-alukan.

Sebarang pertanyaan dengan perkara di atas, sila hubungi kepada :-
           Encik Chew Kok Rui di talian 012-5418966 atau emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
           Website http://penangscout.org/

Segala kerjasama dan sokongan dari pihak Tuan dalam menjayakan program yang
telah dirancangkan ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 

KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PERINGKAT PENGENALAN 2017 (PERINGKAT NEGERI)

Posted in Pengumuman dan Siaran

Dengan segala hormat dan sukacita bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau Pinang usahasama dengan Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah George Town (Utara) akan menjalankan kursus tersebut pada ketetapan yang berikut:-
Tarikh : 25 Mac 2017 (Sabtu)
Tempat : S.M.J.K Chung Hwa Confucian, 2, Persiaran Tembaga, Taman Guan Joo Seng, 11600 Jelutong, Pulau Pinang
Masa Pendaftaran : 8.00 pagi
Masa Bersurai : 5:00 petang

2. Butir-butir penyertaan adalah seperti yang berikut:-
2.1 Yuran pendaftaran: RM35.00 bagi setiap peserta. Peserta akan menerima:
i. Makanan dan minumam sepanjang kursus dijalankan
ii. Sijil penyertaan kursus
iii. Bahan-bahan yang berkiatan kursus
2.2 Cara bayaran: Yuran pendaftaran boleh dibayar secara wang tunai atau cek berpalang (atas nama Majlis Pengakap Negeri Pulau Pinang) pada masa pendaftaran- 25 Mac 2017.
2.4 Tarikh Tutup: 22 Mac 2017. Bagi peserta yang berminat menyertai kursus ini, sila mendaftarkan nama melalui SMS kepada Setiausaha Pasukan Latihan Negeri: Chew Ching Yee (012-407 0003).
3. Syarat-syarat penyertaan:
3.1 Pakaian: Pakaian seragam pengakap lengkap atau pakaian yang sesuai untuk kursus.
3.2 Kursus ini terbuka Pemimpin, Penolong Pemimpin Pengakap, Pengakap Kelana dan orang awan yang berumur 18 keatas (tahun 2017).

Sebarang pertanyaan berhubung dengan perkara di atas, sila hubungi kepada:-
4.1 Pengerusi Pasukan Latihan Negeri: En. Abu Bakar Bin Awang (019-575 3820) atau
4.2 Setiausaha Pasukan Latihan Negeri: En. Chew Ching Yee
(012-407 0003) selepas waktu kerja, jam 1800.
Segala kerjasama dan sokongan dari pihak Tuan/Puan dalam menjayakan program yang telah dirancangkan ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI BERPENGAKAP”

Yang menjalankan tugas,
Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau Pinang
(CHEW CHING YEE)
Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri merangkap Setiausaha Pasukan Latihan Negeri

Muat Turun siaran dan borang:

icon Kursus Pengenalan MK 2017 (78.97 kB)

KURSUS KETUA PATROL PENGAKAP MUDA PULAU PINANG TAHUN 2017

Posted in Pengumuman dan Siaran

KURSUS KETUA PATROL PENGAKAP MUDA PULAU PINANG TAHUN 2017

Merujuk kepada perkara di atas, dengan segala hormat dan sukacita dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau Pinang akan mengadakan kursus seperti berikut:

Tarikh : 10-12 Mac 2017(Jumaat – Ahad)
Masa lapor diri : 10 Mac 2017 (2.30 Petang)
Masa tamat : 12 Mac 2017 (3.00 Petang)
Tempat : SMK Bandar Tasek Mutiara, Nibong Tebal

2. Sehubungan itu, ahli pengakap sekolah tuan adalah dijemput untuk mengambil bahagian dalam kursus ini. Tujuan kursus ini adalah untuk meningkatkan kemahiran pengakap disamping memberi peluang kepada para pengakap untuk mempelajari kemahiran kepimpinan sebagai seorang Ketua Patrol. Dalam kursus ini juga dapat mengeratkan silaturahim antara satu sama lain melalui tugasan dan projek-projek yang dijalankan.
3. Setiap peserta akan dikenakan bayaran penyertaan sebagai RM50.00 (tidak termasuk pengangkutan dan bahan keperluan peribadi perserta semasa menghadiri kursus)
Setiap peserta akan menerima:
(a) Makanan dan minumam sepanjang kursus dijalankan
(b) Sijil penyertaan yang dikeluar oleh PPM Negeri Pulau Pinang
(c) Nota kursus.
Cara bayaran: Yuran pendaftaran boleh dibayar secara wang tunai kepada urusetia kursus atau cek berpalang (atas nama Majlis Pengakap Negeri Pulau Pinang).Resit rasmi akan dikeluarkan
4. Untuk maklumat tuan, syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut:
(a) Ahli pengakap muda (umur 14 hingga 15 ½) dan berdaftar dengan Persekutuan Pengakap Malaysia pada tahun 2017 (sila tunjukkan kad pendaftaran ahli pengakap Tahun 2017 atau sertakan salinan Borang Pendaftaran Keahlian, Borang PPM 2A).
(b) Mempunyai minat dan kebolehan sebagai seorang ketua patrol/kumpulan.
(c) Mendapat kebenaran daripada waris.
5. Sehubungan dengan itu, beserta dengan surat ini telah dilampirkan borang pendaftaran, keperluan kursus dan lain-lain.
a) Bagi pengakap sekolah anda yang berminat menyertai kursus ini, sila mendaftarkan Nama Sekolah Anda dan Bilangan Peserta, sebelum 03 Mac 2017 melalui talian, SMS atau emel kepada: Tan Peng Chong di talian:
016-4362656 atau emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
b) Selain itu, peserta juga perlu lengkapkan dan kembalikan Borang Penyertaan semasa pendaftaran Kursus pada 10hb Mac 2017.
6. Sebarang pertanyaan sila hubungi :
Tan Peng Chong (016-4362656) atau Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Yeoh Mooi Lee (012-6851260)
Sokongan dan kerjasama daripada pihak tuan amat disanjung tinggi.

 

icon Kursus Ketua Patrol 2017 (2.23 MB)

Scout are...